SERI KEMBANGAN - Seorang kanak-kanak mengalami bengkak di bahagian mata kanannya selepas dibawa pulang dari taska mencetuskan rasa tidak puas hati ibu bapa mangsa.
Menurut Ashraf Afzal, pihak taska memberikan alasan yang tidak munasabah dan memandang ringan apa yang berlaku pada anaknya.
"Alasan yang diberikan pihak taska tidak munasabah dan dipandang remeh. Mereka berikan alasan bahawa anak saya digigit oleh lipas walaupun mereka mengaku tidak tahu apa yang sebenarnya berlaku pada anak saya.
"Pemilik taska pula berkata perkara yang menimpa anak saya hanyalah perkara kecil dan mendakwa bengkak di bahagian mata anak saya sudah semakin sihat.
"Saya meminta untuk melihat rakaman kamera litar tertutup (CCTV) tetapi ditolak kerana tiada transport. Bila saya sampai untuk melihat rakaman CCTV, mereka memberikan alasan bahawa CCTV telah di'reset," katanya yang kecewa tidak dapat melihat apa yang sebenarnya berlaku pada anaknya itu.
Ashraff telah membawa anaknya untuk pemeriksaan doktor dan disahkan mangsa concussion/blunt trauma. - THEHYPEMEDIA.COM
0 comments:
Post a Comment