Arsip

Powered by Blogger.

Navigation-Menus (Do Not Edit Here!)

Translate

Header Text (Disable)

Max Limit (Disable)

Facebook Page

Weekly

Chat On/Off

Database (Disable)

[Adik Jangan Kemana-mana, Kakak Jaga Adik] Sayu.. Dua Beradik Perempuan Rentung Dalam Keadaan Berpelukan.



Melaka :  Dua beradik perempuan ditemui maut dalam keadaan meniarap dan berpelukan selepas rumah mereka di Taman Tanjung Minyak, di sini, terbakar tadi.


Dalam kejadian kira-kira jam 5.30 petang itu, Nur Maisarah Balqis Rosghazali, 7, dan adiknya, Nur Qalisha Balqis, 6, ditemui berpelukan di bawah katil di bilik tidur rumah berkenaan oleh anggota bomba.



Timbalan Penguasa Bomba (Bahagian Operasi) negeri, Kamarulzaman Mohd Din berkata, selain kedua-dua kanak-kanak itu, seorang lelaki juga bapa mangsa turut dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut.










“Ketika ditemui kakak ditemui memeluk adiknya dari belakang seolah-olah melindungi adiknya itu daripada api dan mereka dipercayai menyorok di bawah katil.

“Difahamkan, ketika kejadian bapa mangsa yang berada di luar rumah cuba menyelamatkan kedua-duanya namun gagal masuk ke dalam rumah yang berkunci,” katanya kepada media di sini, hari ini.

Sementara itu, bapa mereka, Rosghazali Shafie, 40-an, dikatakan berada di luar rumah ketika kejadian dan gagal menyelamatkan kedua beradik itu apabila pintu hadapan dan belakang rumah berkunci sebelum mereka sesak nafas dan pengsan.

Sementara datuk mereka, Sapiee Mat Dom, 69, yang kemudian berjaya memecahkan pintu dan masuk ke bilik tengah berkenaan tidak menemui dua kanak-kanak berikutan keadaan gelap dan asap hitam yang memenuhi bilik berkenaan.

Menurutnya, kedua-dua beradik berkenaan kini tinggal bersama bapa mereka kerana ibunya kini berada di Arab Saudi bertugas sebagai jururawat.

Siasatan awal punca kebaran.
dipercayai berpunca dari sebuah bilik tengah di rumah berkenaan sebelum merebak dan memusnahkan hampir 70 peratus daripada kediaman tersebut.
Katanya lagi, kebakaran berkenaan turut menyebabkan sebuah kereta milik keluarga mangsa mengalami kerosakan.
“Punca sebenar kejadian dan jumlah kerugian masih lagi dalam siasatan,” kata beliau.




Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment